Carrot cake

Dulu masa mule2 dengar kek lobak merah cam tak percaya pulak boleh wujud.. hehe😀 sebab dalam fikiran ni guna carrot tu buat sayur je. Tapi sejak datang sini pernah rasa yang di beri oleh teman indonesia. Boleh tahan jugak rasanya. Siap dengan cream cheese frosting lagi. Tak lama pastu borak2 dengan adik wani sambil jenguk2 blog dia katanya kek tu kegemaran familynya pulak. Lagi terasa teruja nak buat. Bila dah terpedaya dengan omongan dik wani nih ana pun cubalah buat sendiri ikut resipinya. Dan inilah hasilnya….🙂

carrot cake

carrot cake

carrot

2 rupa carrot yang berbeza, ana gune yang warna lebih gelap tu yang warna oren tu saiz carrot biasa seperti yang kita boleh dapat kat Malaysia

Alhamdulillah memang enak macam yang Wani katalah. Rasa lembab dan mewah dengan walnut dan raisin. Akhi yang tak berapa gemar carrot cake pun kata sedap.🙂 Pada yang sudi untuk mencuba, ana sertakan resipi ambil dari adik  wani ni.

Bahan-bahan ( 8″ x 8″ x3″ square)

bahan A

1 1/4 cup minyak sayuran (klu xde, blh guna minyak masak)
4 biji telur gred B
120 gm gula castor
120 gm gula perang
100 gm walnut panggang-chopped
1 1/2 cup carrot yg telah disagat
1 cup golden raisin (klu ganti buah lain yg masam2 sket pn ok i.e nenas kiub dlm tin)

bahan B

250 gm tepung high protein (tpg gandum pn blh)
1 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1/4 sudu teh garam (jika perlu)

Cara-caranya:

  1. panaskan oven 180C, alaskan loyang pembakar dengan kertas minyak.
  2. utk bhn A, pukul telur hingga kembang, masukkan kedua-dua gula, pukul hingga gula hancur. masukkan minyak dan sebatikan.
  3. masukkan chopped walnuts, raisin dan carrot. sebatikan guna senduk kayu.
  4. akhir sekali, masukkan bhn2 B yg telah diayak terlebih dahulu kedalam adunan tadi.
  5. sebatikan adunan dengan menggunakan senduk kayu.
  6. tuang adunan ke dalam loyang pembakar, bakar selama 45 minit atau hingga masak.

Bahan Cream Cheese Frosting: /- yg ni ana tak buat

250 gm cream cheese
120 gula icing (biasanya wani akan kurangkan ikut kemanisan)
sedikit butter
sedikit perahan lemon

Cara-caranya:

  1. putar cream cheese, masukkan gula icing yg telah diayak sedikit2. ikut kemanisan yg dikehendaki. masukkan butter(ikut consistency adunan-jika perlu, tambah.) masukkan perahan lemon.
  2. hiaslah kek anda!
  3. *jika anda mempunyai Food Processor(FP), boleh terus masukkan semua bhn frosting ke dalam FP dan blend hingga sebati.
This entry was posted in MARI CUBA RESEPI and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s