samb…

Alhamdulillah, jazakillah angah Azie for the response 😉 . insyaAllah betullah yang macam angah cakap tu.  Ada satu link untuk sesiapa nak tahu tentang pertanyaan ana sebelum ni. Sila ke sini

Hari ni ana yasumi (absent) dari kelas nihonggo.  Hari ni juga Allah uji sedikit dengan tahap kesihatan yang kurang baik.  Kepala berat. ~uhhu~ ada ulser dalam mulut..besar bangat…bisa sakit kepala dibuatnya sebab berdenyut2 rasa dari gusi, gigi, pipi hingga ke kepala. Masa meeting semalam pun bila sesi penyampaian ana bercakap lain bunyinya yang keluar, terpaksa tahan sakit bila berselisih dengan gigi. Adik2 ana yang soleheh lagi baik hati ni pun mencadangkanlah pelbagai petua yang menarik dan baru pertama kali singgah ke fikiran ana. Antara perbualan kami :

Zahira : “ha…kak ct sakit ulser ye? Buh ubat gigi ”

Ana : “eh, yeke? tak pernah dengar pun…cepat baik ke cam tu?”

Zahira : “takdelah tapi rasa sejuk ….tak sakit ” 😛

Naziha : “buh garam kak…pedih, memang sakit sangat..tapi cepat baik” 😉

Ana : “mmm akak nangis lah tahan sakit buh garam sebab dulu2 buat mcm tu jugak…tapi tak sanggup je rasa…besar semacam ni”

Hajar : “hajar kalau sakit tu buh majerin best dia rasa licin je taklah sakit sangat” 😀

Ana : “Akak nanti ralit termakan pulak marjerinnya nanti ” 😛

sementara tu Fareha, Nadia dan Ina memerhati dan mendengar petua2 ni. Macam2 adik2 ana ni.  Alhamdulillah mereka memberi kerjasama yang begitu baik. Sesungguhnya tidak Allah jadikan sesuatu itu tanpa ada hikmah yang tersembunyi padanya. Mungkin juga ini  sebagai penghapus dosa ana terhadapNya dan moga ana terdidik dengan sifat sabar atas setiap ujian dari Allah SWT.Ameen…Pada tuan rumah..Nadiah & Arif…jazakumullah khairan atas lokasi dan makanan yang sedap 😉 . InsyaAllah pasni boleh kami bertandang ke sana lagi 🙂 hihi.

Malam ni jam dah menunjukkan pukul 10.27pm  waktu jepun. Anak2 dah pun melabuhkan mata masing2. Esok masih ada taklifan menanti kami.  Kepala ana pun masih lagi terasa berat. Tapi memandang ada ruang dan kesempatan ana update lagi blog ni. InsyaAllah entry lain menyusul selepas ini. Tapi maybe lain kategori dia la 😛 . Kasi variety sikit 😀 . Ana suka menulis cuma bila ia melibat sesuatu yang memerlukan percernaan dan pengamatan kadang2 ana tak berapa dapat nak meluangkan masa. Kalau yang simple mungkin tak ambil masa yang lama. Jadi kalau antum masuk2 pastu asyik nampak makanan je…gomenne…sebab senang nak masuk entry camtu :P. Tapi janganlah pula ada di antara antum yang fikir dunia kami ni cuma makanan… hidup untuk makan…ngak…tidak begitu insyaAllah.  Ia cuma suatu ilmu baru untuk ana telusuri terutama yang bergelar wanita, isteri dan ibu. Yang bertanggungjawab terhadap anak2 dan suaminya dalam urusan rumahtangga.  Kemudian atas ilmu yang indah ini ana ambil jalan untuk kongsikannya bersama yang lain moga memberikan kebaikan. 😉

ok, ana stop sini dulu ye. nak prepare entry lain 😉

jya!

This entry was posted in DIARI KEHIDUPAN KAMI. Bookmark the permalink.

2 Responses to samb…

  1. nadiah says:

    kak siti, get well soon. try je semua petua. 🙂 tapi apa2 pun, pada saya, it just the matter of time. sabar je la. good luck

  2. ctaf05 says:

    thanks nadiah…insyaAllah im getting better now 😉

Leave a reply to ctaf05 Cancel reply