research update

salam semua hadirin sekalian,

saje mencelah dikala kesibukan duniawi yang sentiasa mengejar,semoga kesibukan ukhrawi sentiasa mendahului..ameen. sekarang seperti yang sedia maklum bahawa musim exam bagi student2 jepun dan juga waktu final presentation bg yang buat research, degree,master atau phd.minna ganbatte

ana sedar tak sedar sudah di semester yang ke 4 dan tak lama lagi akan melangkah ke tahun akhir pengajian, semester ke 5. cepat betul masa berlalu, dah hampir 2 tahun rupanya berada di negara matahari terbit ni.usia pun dah bertambah, uban pun dah ada, sakit2 belakang, sakit2 kepala tu peringatan allah bahawa kita ni hidup ada kesudahannya yang kita pun tak tahu bila kita akan pergi menghadap-Nya. Teringat perginya seorang demi seorang saudara2 yang dekat, tertanya2 juga adakah kita juga bersedia bila allah akan jemput kita kembali.18hb januari, nama CIKGU BASRI yang sentiasa dipanggil oleh masyarakat, anak murid, kawan2 yang ana biasa panggil dengan panggilan AYAH LANG pulang kerahmatullah dengan cara yang sangat mudah dan tenang seperti diceritakan oleh adik2, ummi di malaysia.Maaf pada maklang dan keluarga krn tidak dapat membantu urusan jenazah atas kejauhan kita beratus2 kilometer. Semoga ayah lang digolongkan dalam ahli syurga yang kekal abadi. Perginya insan yang namanya sentiasa disebut2 dan sorang demi sorang menceritakan pengalamannya bersama arwah yg mengubah hidup mereka ke arah yg lebih baik dengan izin dr Allah swt.

Jazakumullah buat keluarga yang dicintai dan sentiasa di sayangi,siti dan anak2, ahna dan ahya yang sentiasa menjadi pohon2 semangat yang membuahkan buah2 cinta, kesabaran dan pengorbanan utk babah. allah sahaja yang dapat membalasnya. Uhibbukum fillah.Insyaallah betul seperti yang dikata, keluarga yang bermula dengan cara yang baik moga allah kekalkan dalam keadaan yang sentiasa baik..mawaddah sakinah wa rahmah.. ameen

dalam masa 2 tahun ni mungkin ramai yang tertanya apa aktiviti harian buat phd, emm satu soalan yang susah nak di jawab kalau tak mengalami sendiri🙂 tapi secara ringkas yang boleh dikongsikan ialah menghadirkan diri ke lab dan berusaha siapkan experiment yang dirancang. membuat report progress setiap bulan dan dibentangkan dalam kumpulan kecil.dalam satu semester juga mungkin ada 1 atau 2 kali perlu bentangkan progress research kita pada semua ahli dalam lab (sesi Zemi-seminar). phd student juga perlu amik kelas 12 kredit dan alhamdulillah semua kelas dah diambil dan lulus dengan baik. bantuan dari allah yang sangat besar.setiap semester juga ana amik subjek yang tak wajib diambil iaitu nihonggo.hmm..sangat menguji kesabaran disamping kesibukan lab harian.seperti biasa, kena buat kerja sekolah, ada test, ada hafal kanji, buat karangan, itu dan ini, sampai zaujah ana pun tegur supaya lebih focus pada research dari amik nihonggo ni. ana bukan apa, tapi sementara ada kudrat, rasanya nak belajar bahasa orang yang boleh digunakan pada masa akan datang, tapi insyaallah sem depan dah tak amik..sebab dah tiba masanya utk berenti😀 insyaallah seperti student lain di okayama, final test kali ni bermula khamis ni 5hb, 12hb,16hb dan 18hb..doakan ya

sistem di sini mungkin lain dengan negara lain di mana syarat lulus phd ialah kena ada WAJIB journal paper. dari segi positifnya ya ia mengajar kita supaya percepatkan research experimen dan publishkan supaya dapat dinilai oleh ahli akademik yang lain

setakat ini alhamdulillah walaupun masih terkebelakang dari sahabat2 ana yang juga buat phd dan publish berbelas2 paper dan journal, ana baru berjaya publish satu journal paper dan 1 international conference dan 1 local conference. bulan januari yang baru lepas beberapa hari juga sibuk ana siapkan 1 lagi local conference dan 1 lagi international conference. alhamdulillah sudah di submit dan menanti penerimaan atau di reject🙂 bulan mac 1hb ni ada satu lagi paper conference yang perlu dihantar..dan dengan experimen yang masih belum menjanjikan data yang baik..allah sahaja tempat berharap, moga dimudahkan urusan hambanya.

sensei banyak menekan dan kita juga terpaksa untuk cuba sebaik mungkin tunjuk prestasi sebagai muslim di mata orang2 yang non muslim. dalam lab, ana rasa ahli2nya semua bujang dan ana sorang je yang dah ada anak 2 yang alhamdulillah kiut miut macam ummi nya. jadi keberadaan kita di lab bukan seperti mereka, yang boleh bangun tidur di sana (kamikaze buat kerja). insyaallah ana laksanakan yang termampu mungkin, baik untuk research, baik juga untuk keluarga dan baik untuk amal2 lain. semoga allah sentiasa golongkan dalam golongan yang sentiasa thabat dijalannya.

di bawah ni ana attachkan gambar alat yang direka dgn byk kelemahan. nama nya intellligent actuator, menggunakan pneumatic system.kenapa dinamakan intelligent? secara ringkas, dalam alat ni ada 5 elemen seperti yang di tanda,

1.PSoC circuit board, 2. encoder, 3. pressure sensor, 4. valves dan 5. laser rod.

dengan input data dari sensor, dan masukkan code algorithm dan control dalam PSoC, dia boleh gerak sendiri mengikut fungsi2 yang ditetapkan..hehe secara ringkas camtula..sapa ada minat, nak tau detail boleh cerita lain:)

cylinder

alat ini akan digunakan untuk final application -sebuah alat utk design kerusi..huhu dengar sangat pelik tapi itu adalah hakikatnya, sebuah research yang ana sendiri pun masih berusaha merialisasikannya.

so wallahualam, subuh dah masuk, nak solat dulu..doa dari antum sangat di harapkan, semoga kita smua selamat dunia dan akhirat dan allah mudahkan segala urusan kita.kita yang perlu berusaha, berdoa dan bertawakkal padanya. kerana Dialah sebaik2 perancang yang mendahului perancangan2 kita..

bertemu di lain waktu..yang khilaf

abu_s

This entry was posted in DIARI KEHIDUPAN KAMI, TAKLIF and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to research update

  1. wani_UK says:

    Bestnye.. dah nak tahun 3 dah… lagi setahun dah leh berada di M’sia for good… hehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s