~western sikit~

Bismillahirrohmanirrohim…

Mengambil semangat mengurangkan makan nasi dek kerana stok beras siam dah xde kat Jepun nih😀 , kami sekeluarga terpaksalah mempelbagaikan menu harian. Kadang2 makan nasi, kadang2 makan roti, kadang2 makan mee…hehe🙂

Ni nak share menu western sikit. Alhamdulilah kenyang tapi tak melampau sangat. InsyaAllah juga lebih sihat sebab masak gune olive oil then bakar saje.

western lunch

Lemon rosemary chicken with mushroom soup, Challah & slice bread- emm tersopak sikit ayamnye..kemana lah hilang tu😀

challah

Challah – kredit to Norzakiah🙂 the one who made it!🙂

LEMON ROSEMARRY CHICKEN GRILLED
Sumber : The Naked Chef (Jamie Oliver)
Dirujuk di sini

Bahan
1 kg ayam
1 biji lemon
3 ulas bawang putih
2 sudu besar olive oil – guna minyak sayur aje
Segenggam Rosemary Kering- 1/2 botol kecil
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 biji kentang dibelah 2 – letak lebih
2 biji tomato –
1 carrot
1 biji bawang besar dibelah 4
sedikit madu
Garam dan gula secukup rasa

Cara:

  1. Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan tos.
  2. Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat.
  3. Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam dan serbuk lada hitam. Ambik sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang, bawang besar,carrot dan tomato.
  4. Lemon tadi dicucuk cucuk dengan garfu supaya jusnya nanti keluar dan disumbat ke dalam perut ayam.
  5. Sumbatkan juga beberapa kentang, bawang dan  carrot ke dalam ayam tadi.Boleh juga cucuk lubang ayam tu dengan toothpick supaya tak terkeluar bahan2 tadi.
  6. Lumurkan ayam tadi dengan bahan tumbuk tadi.
    Susun kentang, tomato, bawang dan baby carrots dan bakar didalam oven 180’c selama 1 jam atau sehingga masak.
  7. Hidangkan..bersama mashroom soup dan roti kegemaran

Mushroom soup ala pizza
Sumber : Minami133

Bahan-bahan ( 6 org )

  • 1 keping dada ayam
  • 1500 ml air
  • 500 ml susu segar(susu kotak)
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
  • garam
  • secubit ajinomoto
  • 1 cawan tepung gandum

Cara-cara

  1. potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.
  2. masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.
  3. masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto.Siap utk dihidang.

Untuk resipi Challah tu dalam eigo. Itupun ana rujuk kat fp Norzakiah aka Zek. Bagi yang berminat boleh rujuk sini ye.

Alhamdulillah suatu kombinasi yang best untuk ketiga2 nya. if rasa x cukup masa nak buat semua on time, buleh je beli roti slice tuk makan dengan soup dan ayam tu. But ana susume pada sesiapa yang nak tukar selera ke, trylah…insyaAllah enak bangat🙂


This entry was posted in MARI CUBA RESEPI and tagged . Bookmark the permalink.

2 Responses to ~western sikit~

  1. salam ct…betui ker beras siam dah mkn kurang nih…adehh…tekak kite nih kuren sikit beras jepun tak kenyang cepat muak tu…kena cari menu2 westerm gak lah nih…

  2. ctaf05 says:

    salam kak aisyah..aah cam seme kedai halal online dah hbs stok. itu yg ct tau la. kat tempat akk ada lagi ke?. blhla akk kirim mai sini..hihi…aah x masuk sgtlh menu lauk pauk kita ngan beras jepun…deshou🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s