Burger & Bread

Bismillahirrohmanirrohim

Alhamdulillah ketika memborong ayam minced untuk buat tempahan nugget sebelum ni, banyak juga yang telah dibeli. Masih berbaki  di dalam freezer. Untuk lunch ana cuma guna ayam tu untuk buat di buat lauk. Terus, makan dengan roti dan salad sahaja hinggalah untuk malamnya. Ringkas tapi cukup mengenyangkan.. bila sedang menikmati hidangan (ehsan dari Allah yang memberi kita deria rasa), ana berbual dengan suami. Katanya agaknya macam nilah orang2 yang mana makanan rujinya bukan nasi bila depa having their lunch or dinner..kenyang juga rupanya. Hihi…🙂

Untuk lunch ana just buat ayam minced tu jadi cam daging burger.  Pusing2 juga cari resipi. Last ana bikin sendiri je adjust2 sikit resipi nugget sebelum ni. Alhamdulillah akhi suka pulak makan macam ni. Tempoh hari dia request lemon rosemary chicken. Ana pun buatlah menu pelengkapnya, wholewheat bread plus mushroom soup (sup yang bila ahna wa ahya  start makan dah tak ingat dah benda lain or mainan dia😀 ). Tak letak gambar sebab sebelum ni dah pernah letak.  Jom tengok lunch n dinner kami.

burger

burger

Disebabkan ini sendiri bikin, ana letakkan anggarannya sahaja ye . Boleh adjust ikut citarasa masing2. Kurangkan telur bagi yang nak rasa ayam/daging lebih

Daging burger

bahan2

  • 500 g daging/ayam minced
  • 1/2  biji bawang besar – di dadu
  • garam
  • serbuk bawang putih
  • lada sulah
  • serbuk halia
  • 1 biji telur saiz L
  • serbuk roti – secukupnya
  • seasoning – optional
  • extra virgin olive oil – untuk menggoreng (lebih sihat dan baik untuk kesihatan)

cara2

  1. campurkan ayam/daging minced dengan kesemua bahan kecuali serbuk roti.
  2. setelah rata, masukkan serbuk roti sedikit demi sedikit cukup hingga dapat dibentuk
  3. pastikan jangan terlalu kering adunannya supaya hasil nanti lebih juicy- tidak mengapa kalau masih melekat di tangan anda
  4. bentuk2kan mengikut saiz yang di mahukan-  leper dan tidak terlalu tebal
  5. goreng dengan minyak yang sedikit sebaiknya guna non stick pan. ketika menggoreng, tutup kuali supaya ia lebih masak sekata dan juicy. balik2kan sehingga masak. pastikan anda tidak overcooked ya😛
  6. siap !
  7. Boleh juga dibentukkan awal2 kemudian simpan dalam freezer. bila nak makan defrost then masak seperti biasa.

Untuk roti tu ana ambil resipi dari sini. Menarik dan gebu teksturnya. Sekiranya ada yang berminat nak cuba sila ye. Ana just linkkan antum ke sana. Tak copy resipi di sini.🙂

dinnner

Dinner set : roti (basic sweet bun), lauk (daging burger), sup(mushroom soup), sos (black pepper) sayur (brokoli, carrot, salad & bunga kubis)

Untuk resipi roti ana ambil dari dapur CMG.  Tapi kalau antum nak roti yang macam lain pun tak pe😀 boleh2..ikut selera masing2 ya. untuk sup macam biasa yang ana dah post sebelum ni. Sos tu istimewa sikit. Akhi gemar sungguh dengan rasa sos tu. Alhamdulillah walaupun homemade dapat memuaskan selera suami.. moga makin menambah keberkahan hidup kami sekeluarga. Untuk resipi sos ni ana ambil dari myresipi.com , disertakan seperti di bawah

bahan2

  • 2 sudu butter
  • 1 1/2 sudu tepung gandum
  • sebiji bawang besar (potong dadu)
  • sebiji tomato (potong dadu)
  • seketul kiub ayam knors
  • 2 cawan air
  • sedikit kicap pekat
  • sedikit sos cili/sos tomato
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu lada hitam(tumbuk halus)-boleh lebihkan amaun ikut selera
  • tepung jagung jika perlu

cara2

1. Cairkan butter dengan api kecil.
2. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
3. Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
4. Masukkan kiub ayam dan kacau.
5. Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
6. Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
7. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
8. Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
9. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
10. Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.
11. Sedap dihidangkan semasa panas.

Untuk sayur makan bersama pula, bolehlah di celur sebentar sekadar sedikit lembut tetapi masih rangup🙂 . Kemudian dengan segera terus masukkannya ke dalam bekas yang mengandungi air ais supaya ia tak overcooked. Sejat dan hidangkan bersama set dinner anda. Sebagai sumber vitamin dan khasiat untuk tubuh badan😉 .

This entry was posted in DIARI KEHIDUPAN KAMI, MARI CUBA RESEPI and tagged , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Burger & Bread

  1. sedapnye…nih kenyang betuii..

  2. ctaf05 says:

    hehe.. kak aisyah, tak best kan nak chat gune wordpress ni. xleh nak masuk shoutbox mcm blogspot. blh main2 komen je. .. ‘ala kullihal..gune jelah😛

  3. abehafis says:

    Emmm, sedapnya.
    Athif, sah lepas balik PhD ni, makin gemuk la nampaknya. Hari2 makan best, isteri masak lagi. Best-best.
    🙂

  4. abu says:

    salam abe,

    ni dalam proses nak kuruskan badan ni🙂
    insyaallah moga kita semua sehat selalu
    makanan halalan toyyiban insyaallah xmenggemukkan kalau stabil pemakanannya

    buat isteriku sayang,
    jazakillah, tiada apa lagi ungkapan yang boleh di balas,
    moga syurga abadi tempatmu, ameen

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s