Kenapa perlu bermula dan tunjukkan contoh terbaik?

bismillahirrohmanirrohim…

Alhamdulillah harini telah bermula hari2 yang agak mencabar untuk Ahna wa Ahya. Mereka dah masuk hoikuen (nursery). Ahna bukan main suke lagi sampai bila ana nak ambil bawa pulang dia rengek2 nak tinggal. Adik pula lain ceritanya. Dari mula letak sampai ummi datang amik nangis saja, sampai berair hidungnya.

Mungkin ada yang tertanya kenapa masukkan nursery? Ana dan akhi rasa perlu untuk mereka berkawan. Terutama belajar disiplin dan peraturan hidup orang jepun yang baik. Di rumah, Ahna dan mula membaca Alif, Ba, Ta. Alhamdulillah mahu dia ikut ana baca. Juga suka ikut baca doa. InsyaAllah moga anak2 kami perkasa ruhiyyah dan jasmaniyahnya..ameen. Moga mereka sentiasa dalam biah yang baik dan mendapat didikan dari contoh yang baik juga.

Betapa pentingnya kita sebagai orang yang lebih berpengalaman dan berusia menunjukkan contoh yang terbaik untuk generasi yang mendatang tak kiralah anak kita, adik kita mahupun orang2 baru yang hadir di sekeliling kita.  Kenapa? kerana ia membawa suatu mesej dan mungkin mesej ini memberikan impak yang begitu besar kepada tatacara hidup mereka akan datang. ohhhooooo~ sampai macam tu sekali ke….???

Cuba fikir analogi ini. Ana bawa contoh life di Jepun.  Bayangkan anda mendatangi sebuah rumah. Dan anda tidak hadir seorang diri tapi dengan beberapa teman anda yang lain. Anda dan teman2 anda itu masih baru berada di kawasan tersebut.  Anda pun dengan dipandu seseorang akhirnya menjumpai rumah yang ingin didatangi tadi. Dari luar rumah anda terdengar bingitnya suara tetamu yang telah lame berada dalam rumah tersebut. TIba2 terdengar suara dari dalam rumah ketika anda memberi salam. “masuk! masuk!” katanya. Anda pun masuk. Pastu apa yang anda nampak ialah setimbun kasut2 yang berselerak ditempat letak kasut. Hmmmm…ape anda akan buat?

a) masuk dan tinggalkan saje kasut anda berselerakan

b) sanggup letak kasut diluar rumah asalkan tersusun

c) masuk dan susunkan kasut2 yang lain sebelum meletak kasut anda dengan tersusun

Tapi bayangkan pula ketika masuk tadi kasut2 tetamu yang  awal  telah tersusun dengan baik. Tuan rumah juga menjemput anda dengan penuh hormat “silakanlah..jangan segan2” diiringi senyuman mesra. Terus, tetamu2 juga kelihatan begitu menjaga adab pergaulan dan pertuturan. Tidak membuat bising dan tenang. Hmmmm…apa anda akan buat?

a) masuk dan tinggalkan saje kasut anda berselerakan, buat hal sendiri

b) masuk dan meletakkan kasut dengan tersusun, lalu cuba menyesuaikan diri dengan  suasana.

Situasi pertama menunjukkan betapa buruknya contoh yang ditunjukkan oleh tuan rumah dan tetamu2nye yang dah lame sampai.  Anda sebagai orang baru nak buat camana? nak buat (c)nanti orang kata pelik pulak. Nak buat (b) nanti buang tebiat. So, senang (a) jelah baru orang tak kata apa2 sebab nanti nak sesuaikan diri dengan tetamu yang dah lame sampai. Kalau tak ikut keadaan nanti bimbang ape kata tetamu2 yang awal tadi. :D… Haaa..betul ke? Hihi…sendiri fikir dan jawablah😛

Tengok pulak situasi kedua. Ini contoh baik yang di lakukan oleh tuan rumah dan tetamu2 nye. Sebab tuan rumah punya hak untuk tetapkan apa yang dia mahu yang terbaik sesuai dengan fitrah hidup manusia yang beriman dan berakhlak mulia, Jadi nak tak nak tetamu yang datang harus ikut peraturan tuan rumah. Tapi apa yang cantiknya, ia memberikan contoh yang baik untuk tetamu2nya. Sehinggakan bila tetamu2 itu laksanakan ia  kelihatan cantik pada tetamu lain sungguhpun yang baru datang. Sebab apa? sebab tetamu itu melihat contoh dihadapannnya. Bagaiman ia harus bertingkah laku dalam suasana baru yang dihadapinya. Anda nak buat (a) ke (b)? itu terserah pada iman dan akhlak anda lah…deshou?…

Same2 fikirkan…. moga kita mampu memberi qudwah hasanah terutama buat anak2 kita, adik2 kita dan teman2 kita.  Kenikmatan dunia yang dicari takkan habis. Makin  anda kejar makin rasa kurang. makin di cari makin menyepi, makin di impi makin hilang seri, makin dipuji makin jauh dari Ilahi. Tapi yang pasti carilah islam di mana sahaja anda berada.  Kerana makin anda cari memang makin terasa kurangnya ia dalam dada, namun makin menambah kita dekat padaNya. Allahua’lam…

This entry was posted in DIARI KEHIDUPAN KAMI. Bookmark the permalink.

2 Responses to Kenapa perlu bermula dan tunjukkan contoh terbaik?

  1. niah says:

    salam ct n athif..apa khabar disana…saya rosniahlah. wife najeb.😀 harap2 ct ingat lagilah..hehehe…ini ada dok teringat kat ct..tu yang cuba search kat google kalo2 ada blog….alhamdulillah ada pun…dah beasr yek ahna….sume nampak alhamdulillah kat sana ye..:)

  2. ctaf05 says:

    salam

    maaf lambat reply. panggil kak niah ye..rasanye…
    apa kabar ye? kami alhamdulillah sihat. apa perkembangan di sana🙂
    ni id ym ct, add ye

    ct_athif@yahoo.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s