Praktikal…

bismillahirrohmanirrohim

Semalam hari Khamis..macam biasa ada kelas bahasa Jepun. Esok sabtu ada kelas juga tapi di Kouminkan. Hari Rabu pun ada kelas di daigaku. Tapi cuma sejam, pembelajaran pun ringan dan mudah tangkap dan faham. Sensei sebut sebiji2 butir katanya. Tak sedar masa cepat berlalu. hari Khamis pun seronok..dengan Setsu san. Biasa kelas ni akan ambil masa 3 jam lebih. Pun rasa masa cepat berlalu. Seronok agaknya belajar ye. Tapi sebab banyak sangat kadang2 rasa berat juga. Ditambah dengan shukudai (homework) yang perlu disiapkan. Bayangkan untuk tulis diary ana ambil masa dalam 3 jam gurai!….susahnya rasa nak buat ayat.. hehe :d . Sebenarnya Setsu san memang agak banyak input bila dia ajar ana. Kadang2 memang tak tertangkap. Walaupun dia blh speaking, masyaAllah mahalnya dia nak translate  nihonggo dia ke eigo.😛 . Cara pengajaran pun lain. Dia tak  bagi ana rujuk buku. Dia tanya soalan, suruh ana dengar dan jawab balik. taihen2….🙂

Semalam masa dia sampai rumah, tiba2 ajak ana walking2. Keluar rumah. Mulanya agak blur juga. Pastu naik kerete dengan dia pergi ke kawasan daigaku. Cuba teka apa yang ana kena buat? huhu…. Disebabkan sekarang ana sedang belajar arah dan jalan, maka dia minta ana cari sesuatu fakulti semua tu dalam bahasa jepun. Dia akan ikut sahaja, then ana kena pandai2 sendiri tanya orang lain dan faham arah yang orang tu sampaikan. Jauh kena jalan kaki dong!!! Tapi seronoklah…ingat masa time duk UTM dulu gi kelas yang jauh2 tu pun jalan kaki gak… 2 @ 3 km gurai… :d

Semalam kena cari 4 fakulti. Oklah…blh belajar byk vocab then boleh tahu tempat2 dalam dai. Sempat jugalah dalam misi mencari (but bukan menyelamat :P) tu, lalu depan akhi punya bangunan… Tapi orang yang di damba takde depan mata🙂 .  Habis tugasan outdoor ni kami belajar macam biasa kat rumah ana. Setsu san ajar ana cepat memandangkan masa ana kat sini dah tak lama. Dia budjet nak habiskan juga buku II nihonggo tu sebelum ana balik Malaysia nanti.  Boleh ke ana fokus ye…insyaALlah kan..hanya Allahlah yang beri kekuatan..moga Allah berikan kesudahan yang terbaik buat ana dan kazoku di sini. ameen

setsu san

Setsu san

This entry was posted in DIARI KEHIDUPAN KAMI. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s