Mengumumkan~

bismillahirrohmanirrohim…

InsyaAllah sedikit penguman ringkas dan padat dari ana ๐Ÿ˜€ . Seperti yang akhi ada beritahu pada posting yang lepas, kami agak sibuk kebelakangan ni….sibuk di alam maya ๐Ÿ˜› . Alhamdulillah setelah bertungkus lumus selama lebih seminggu, tercapai jugak niat dan perancangan kami untuk buat satu lagi webpage khusus untuk xtvt jualan dan produk2 kami. Jadi untuk melihat tawaran2 menarik kami sila ke sini ya.

banner-siap-5

Uhhu~ bermain dan bergurau senda dengan wordpress ni mencabar juge :D… tiba2 teringat balik masa belajar kat UTM dulu, masa kelas kom&multimedia. Main coding2 nih.. tidaklah gemar sangat…kabur je pandangan mata. Tapi alhamdulillah ilmu yang dipelajari itu berguna juga akhirnya..Juga jzkk buat akhi yang sangat banyak membantu dan beri tunjuk ajar. Tak terbuat ana tanpanya serta tanpa IzinNya.

InsyaAllah untuk perkembangan xtvt harian kami dan anak2 ana akan terus paparkan di MSMR. Doakan kami sekeluarga semoga sentiasa kuat dan tabah..

wassalam

SMM

Advertisements
Posted in DIARI KEHIDUPAN KAMI | 3 Comments

Kak Na dik Ya

Salam semua,

Maaf agak sibuk kebelakangan ini, menguruskan sesuatu, insyaallah hasilnya akan dipaparkan dalam masa terdekat.

Hari demi hari masa berlalu, melihat telatah anak2 yang semakin membesar. Ahna dah hampir masuk 3 tahun dan ahya pula hampir 2 tahun. Beberapa minggu lepas ahya baru ada checking untuk satu tahun 6 bulan, checking kesihatan yang takde kat malaysia. Salah satu kelebihan bagi anak2 yang membesar di Jepun ni ialah mereka akan sentiasa di perhatikan perkembangannya termasuk kesihatan kebolehan dan sebagainya. Layanan yang diterima seperti masyarakat Jepun biasa menunjukkan tiadanya sikap pilih kasih dalam perkhidmatan yang diberikan.

img_0059

Ahna dah banyak vocabulary dalam bahasa melayu dan jepun, dan mula menampilkan ciri2 sebagia anak sulung dalam keluarga. Kadang2 kami tergelak melihat bagaimana dia memujuk adiknya bila terjatuh atau menangis. Ada satu hari sambil mereka berdua main2 panjat2 dan ahya terjatuh dan menangis, terus ahna turun dan peluk adiknya, ” adik sakiiit?” kata ahna terus tepuk2 belakang adiknya ๐Ÿ™‚ Kadang2 bila nak tidur, dipanggil adiknya untuk tidur bersama dan adik ahya datang dan tidur atas riba kakaknya. Walaupun saiz dah lebih kurang sama, tapi kakak terus tepuk adiknya dengan kasih sayang sambil nashid “doi doi doi, adik nak tido..”. Ciri2 yang ada seperti namanya yang penyayang semakin jelas kelihatan alhamdulillah..

img_0022

Ahya pula yang cepat belajar dari kakaknya, makin petah berkata-kata, sampai kadang-kadang ummi babah pun tak faham apa yang mereka bicara ๐Ÿ™‚ Kalau tiba waktu makan contohnya, disuruh ambil surat khabar untuk jadikan alas, cepat ahya lari masuk bilik dan ambil dan hamparkan sebelum makan. Ahya juga suka gosok gigi dan basuh tangan guna sabun, “cabun cabun” mintak ahya untuk gunakan sabun sambil basuh tangan selepas makan ๐Ÿ˜‰ tengok je babah dan ummi gosok gigi, terus tepuk2 kita mintak berus gigi bersama kakak ahna..

img_0477

Anak2 memang mudah belajar dari apa yang kita laksanakan dan katakan dalam kehidupan seharian. Dari solat hingga ke makan, jika di ajar untuk sentiasa berdoa, mereka mudah untuk laksanakan sampai kadang2 tegur pula kita untuk berdoa dulu ;).ย  Alhamdulillah atas penjagaan Allah terhadap jundi2 kami. Moga mereka kelak akan membesar menjadi anak2 yang solehah dan muslehah. Ameenย  ๐Ÿ™‚

Abu_S

Posted in DIARI KEHIDUPAN KAMI | Tagged , , , | 2 Comments

Intelligent Chair Tool (ICT)

salam semua,

jazakallah dan terima kasih sudi singgah di MMSWR, alhamdulillah sudah melangkah ke bulan mac 2009. sungguh pantas masa berlalu, semoga ia tidak menjadi satu kerugian buat kita semua dalam menggunakan masa dengan sebaik baiknya. kesyukuran dipanjatkan pd Ilahi dengan izinnya dapat disiapkan hardware utk PhD.sebelum ni duk cari2 nama apa nak bagi, jadi sempena nama zaujah siti (CT), jadi alat ni dinamakan ICT, I dan CT gitu ๐Ÿ˜‰

ICT

insyallah utk jangkamasa seterusnya ialah control dan communication serta validation experiment yang akan dibuat. dalam gambar di atas ni siap ada background biru macam dalam studio, sebab memang duk amik gambar alat ni utk masuk dalam conference paper.doakan moga diaccept nanti. semasa sibuk memasangkan, ana dibantu oleh saudara aliff afira yang kebetulan cuti, jadi dia la banyak memotong wayar, pasang skru, masuk angin, dsb, kiranya boleh masuk lab suzumori dah lepas ni. tima kasih aliff sekali lagi.

p2246404

semoga urusan kita dipermudahkan, urusan dunia dan akhirat, ameen

abu_s

Posted in DIARI KEHIDUPAN KAMI, TAKLIF | Tagged | 2 Comments

Dulu, kini dan selamanya~

bismillahirrohmanirrohim…

Buat pengunjung yang budiman. Kali ini ana tak post tentang makanan. Bila dengar perkataan makanan hati ana terasa sedikit sebak :). Hehe tapi semangat untuk berkongsi tidak pernah pudar. Ana menyukai bidang ini, insyaAllah selagi mana ia bukan sesuatu yang memberikan keburukan dan kemudaratan ana akan teruskan. Cuma pada antum yang diluar sana jangan salah tanggap terhadap ana. Hidup ana bukan segala-galanya seperti dalam wordpress ini. Malah ia lebih luas dari itu. Ana kongsikan apa yang sesuai dan simpankan apa tidak perlu.

Kali ni ana mengimbau memori lama yang menjadi nostalgia. Sebagai tazkeerah buat diri juga bagi yang mahu menyorot rentetan tulisan ana. Khas ana tujukan buat akh seperjuangan 2001-2006 di bumi penuh ilmu dan tarbiyah itu….nada yang sinonim yang sentiasa menjadi halwa telinga dan semangat kita….

Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku

Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan

Ya Tuhanku tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat

Berada di waqi berbeza dan jauh dari zon selesa, banyak memberi pengalaman dan pengajaran bermakna buat ana. Namun tak kurang, ia juga bisa menjadi suatu ujian yang sungguh menggugah hati. Kadang2 terfikir seolah2 kami tercampak ke suatu kawasan baru yang sungguh terpencil. Terpencil dari sinaran itu. Lantas sedikit demi sedikit cahaya itu di anugerahkanNya. Kemudian kami harus bekerja dan terus bekerja.Dan ketahuilah bahawa semakin banyak usaha kita taburkan untuk taklifan ini maka akan semakin banyaklah ujian2 dan dugaan yang bakal menimpa. Ia mungkin sedikit melukai hati, mungkin sedikit mencalar peribadi, mungkin sedikit melumpuh pergerakan,ย  malahan mungkin juga mampu merebahkan kita! Na’uzubillahiminzalik.

Kadangkala berada bersama akh, ana rindukan biah itu. Biah di mana diri ini terbina. Di bumi penuh ilmu itu. Ana mencari lantas menjumpainya di sana.ย  bersama teman2 dan kakak2 yang sungguh akhlaknya menjadi pujian dari pertama ditemui hingga ukhuwah terus terjalin. Akhlak mereka menjadi ikutan. Kemudian ia diserikan dengan ilmu, materi2 yang menambah perbaikan dalam hati. Adab sebagai akh terserlah di dalam rumah mahupun di luar..ana benar2 kagum…mereka penuh dengan senyuman. mendidik hati penuh dengan kelembutan. Kadang2 halaqah itu cerminannya naqibah bukan materi semata. rindunya mahu bertemu naqibah kerana ukhuwwah dan kerana biah.

Lantas ana sendiri terfikir, kalaulah mahu ditulis ataupun di power pointkan bahan2 yang pernah ana dapat dulu mungkin tak terdaya aqal ini. Kehebatan akh ketika itu tidak hanya terserlah pada bahan penyampaiannya semata2 tetapi terletak pada bait tutur katanya dan kekuatan ukhuwwah mereka. Semangat ukhuwwah tetap mekar di medan tarbiyahย  ketika itu. Mengapa seorang yang sakit dalam HAQ kita, kita semua terasa sakitnya juga… Mengapa air mata sentiasa mengalir saat kita semua bersama2 mengembeling tenaga di bumi itu? kerana, dalam ukhuwwah dan sahabat yang soleh itu, ada bekalan…yakni bekalan sepanjang jalan kita…

Ana teringat materi pertama yang ana dapat sewaktu ikut HAQ. Ia berkaitan SYUKUR. Suatu bahan yang di sampaikan oleh seorang naqibah dengan begitu penuh kasih sayang. Kelembutan dan keakraban naqibah jadi daya tarikan utama. ketika itu kami tak tahu masalah ummat. kami tak kenal ISK atau IPK.ย  Tapi kami ikut HAQ dengan rasa ingin tahu, rasa ingin mencontohi juga rasa ingin menjadi…menjadi seseorang…seseorang yang istimewa. Kadang2 HAQ yang kami ikuti materi di sampaikan oleh naqibah hinggakan air matanya bercucuran. Sedih pilu nya kadang2 meresap dalam hati. kesungguhannya membentuk peribadi kami, membentuk akhlak, membentuk perilaku.

mama Arfah…

ana rindukan mama.ย  Ana hamburkan duka lara hati ni dalam genangan air mata sambil mengingati mama. mengingat jerit perih mama bersama kami. Kadangkala ana rasa tiada tempat mengadu. Kerana dahulu ukhuwwah sesama akh begitu kuat. Kita sering tampung menampung. Sering sokong menyokong. Mama, rindu berada dalam pelukan mama sambil mama membisik kata2 penguat semangat untuk menghadapi tiap ujian yang menimpa. Mama terlalu pengasih pada anak2mu yang kerdil hinggakan bila menyampaikan sesuatu materi, mama sendiri bisa menangis. Bila berbicara mama menggunakan bahasa yang indah. Bahasa kasih sayang. Mama sentiasa tersenyum..tersenyum sepanjang masa. Bila menyampaikan sesuatu mama senang menggenggam tangan kami. Bila keluar ke taman sambil tadabbur alam, mama memimpin tangan dan memeluk kami…bagaimana mama bisa ana lupakan…

Namun di sebalik kejauhan dari mama,ย  Allah mengurniakan ana seorang teman yang soleh lagi penyayang. Dialah yang menjadi tempat hamburan sedih pilu hati. Sabar dan tenang memberikan bahunya dan lemah lembut tangannya membelai tatkala ana terasa berat dan getirnya ujian dalam jalan ini. Sungguhpun dugaan yang diterimanya lebih besar, dia tetap tenang…sabar… Kata2nya sentiasa menenangkan..setenang wajah dan perilakunya. Ana beruntung atas anugerah ini. Bila membaca tulisannya ana tahu dia seorang yang menjaga bahasanya. Sentiasa memuliakan ikh, walaupun kadangkala bahasa ikh sedikit sebanyak kurang digemarinya, dia tidak cepat melatah. Senang membiarkan masa dan pengalaman mentarbiyah mereka. Sesungguhnya baitul muslim itu terbina dengan kefahaman yang benar oleh kedua2 pihak.ย  Dan kita pasti akan merasa keistimewaan baitul muslim yang suci lagi terpelihara. Jazakallah buatmu…suamiku…

“boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

(2:216)

Ya Allah atas segala ujian dan kesedihan yang ku alami, dari ‘saudara’ ku sendiri mahupun insan2 lain, aku mohon Kau lindungi hatiku dengan sifat sabar. Lagi tenang dan lapang dada ini. Moga senyuman sentiasa menjadi perhiasan dan kekuatanku dalam ukhuwwah yang terbina. moga Dikau menjadikan keluargaku sebuah usrah yang diberkati lagi dirahmati…Dalam mencari mawaddah, sakinah wa rahmah di bumi Mu yang sementara ini….Ameen..

SMM

Posted in TAZKEERAH | Tagged | 5 Comments

Burger & Bread

Bismillahirrohmanirrohim

Alhamdulillah ketika memborong ayam minced untuk buat tempahan nugget sebelum ni, banyak juga yang telah dibeli. Masih berbakiย  di dalam freezer. Untuk lunch ana cuma guna ayam tu untuk buat di buat lauk. Terus, makan dengan roti dan salad sahaja hinggalah untuk malamnya. Ringkas tapi cukup mengenyangkan.. bila sedang menikmati hidangan (ehsan dari Allah yang memberi kita deria rasa), ana berbual dengan suami. Katanya agaknya macam nilah orang2 yang mana makanan rujinya bukan nasi bila depa having their lunch or dinner..kenyang juga rupanya. Hihi… ๐Ÿ™‚

Untuk lunch ana just buat ayam minced tu jadi cam daging burger.ย  Pusing2 juga cari resipi. Last ana bikin sendiri je adjust2 sikit resipi nugget sebelum ni. Alhamdulillah akhi suka pulak makan macam ni. Tempoh hari dia request lemon rosemary chicken. Ana pun buatlah menu pelengkapnya, wholewheat bread plus mushroom soup (sup yang bila ahna wa ahyaย  start makan dah tak ingat dah benda lain or mainan dia ๐Ÿ˜€ ). Tak letak gambar sebab sebelum ni dah pernah letak.ย  Jom tengok lunch n dinner kami.

burger

burger

Disebabkan ini sendiri bikin, ana letakkan anggarannya sahaja ye . Boleh adjust ikut citarasa masing2. Kurangkan telur bagi yang nak rasa ayam/daging lebih

Daging burger

bahan2

  • 500 g daging/ayam minced
  • 1/2ย  biji bawang besar – di dadu
  • garam
  • serbuk bawang putih
  • lada sulah
  • serbuk halia
  • 1 biji telur saiz L
  • serbuk roti – secukupnya
  • seasoning – optional
  • extra virgin olive oil – untuk menggoreng (lebih sihat dan baik untuk kesihatan)

cara2

  1. campurkan ayam/daging minced dengan kesemua bahan kecuali serbuk roti.
  2. setelah rata, masukkan serbuk roti sedikit demi sedikit cukup hingga dapat dibentuk
  3. pastikan jangan terlalu kering adunannya supaya hasil nanti lebih juicy- tidak mengapa kalau masih melekat di tangan anda
  4. bentuk2kan mengikut saiz yang di mahukan-ย  leper dan tidak terlalu tebal
  5. goreng dengan minyak yang sedikit sebaiknya guna non stick pan. ketika menggoreng, tutup kuali supaya ia lebih masak sekata dan juicy. balik2kan sehingga masak. pastikan anda tidak overcooked ya ๐Ÿ˜›
  6. siap !
  7. Boleh juga dibentukkan awal2 kemudian simpan dalam freezer. bila nak makan defrost then masak seperti biasa.

Untuk roti tu ana ambil resipi dari sini. Menarik dan gebu teksturnya. Sekiranya ada yang berminat nak cuba sila ye. Ana just linkkan antum ke sana. Tak copy resipi di sini. ๐Ÿ™‚

dinnner

Dinner set : roti (basic sweet bun), lauk (daging burger), sup(mushroom soup), sos (black pepper) sayur (brokoli, carrot, salad & bunga kubis)

Untuk resipi roti ana ambil dari dapur CMG.ย  Tapi kalau antum nak roti yang macam lain pun tak pe ๐Ÿ˜€ boleh2..ikut selera masing2 ya. untuk sup macam biasa yang ana dah post sebelum ni. Sos tu istimewa sikit. Akhi gemar sungguh dengan rasa sos tu. Alhamdulillah walaupun homemade dapat memuaskan selera suami.. moga makin menambah keberkahan hidup kami sekeluarga. Untuk resipi sos ni ana ambil dari myresipi.com , disertakan seperti di bawah

bahan2

  • 2 sudu butter
  • 1 1/2 sudu tepung gandum
  • sebiji bawang besar (potong dadu)
  • sebiji tomato (potong dadu)
  • seketul kiub ayam knors
  • 2 cawan air
  • sedikit kicap pekat
  • sedikit sos cili/sos tomato
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu lada hitam(tumbuk halus)-boleh lebihkan amaun ikut selera
  • tepung jagung jika perlu

cara2

1. Cairkan butter dengan api kecil.
2. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
3. Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
4. Masukkan kiub ayam dan kacau.
5. Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
6. Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
7. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
8. Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
9. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
10. Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.
11. Sedap dihidangkan semasa panas.

Untuk sayur makan bersama pula, bolehlah di celur sebentar sekadar sedikit lembut tetapi masih rangup ๐Ÿ™‚ . Kemudian dengan segera terus masukkannya ke dalam bekas yang mengandungi air ais supaya ia tak overcooked. Sejat dan hidangkan bersama set dinner anda. Sebagai sumber vitamin dan khasiat untuk tubuh badan ๐Ÿ˜‰ .

Posted in DIARI KEHIDUPAN KAMI, MARI CUBA RESEPI | Tagged , | 4 Comments

~ohayou gozaimasu~

Ponteng beberapa hari dari post sebarang entry. Harini still sejuk kadang2 cerah kadang2 mendung.ย ย  Ana share breakfast kami sebelum2 ni ye.

breakfast

daging burger, wholemeal bread & salad

breakfast2

muffins, roti dan tea

breakfast 3

choc chips roll & milk tea

breakfast4

thin crust pizza

Ana tak sertakan resipi kali ni. Ada yang sendiri bikin. Ada yang ana rujuk buku dan web. InsyaAllah ada keluangan ana maklumkan nanti. entry ni dan lame tunggu nak masuk. afwan2….tak terkejar mase olehku…(alasan kanaaaaa) ๐Ÿ˜›

Posted in DIARI KEHIDUPAN KAMI | Tagged | Leave a comment

pavlova arigatou

salam semua,

Alhamdulillah jam 8.30pm lebih waktu jepun selamat sampai rumah selepas seharian bersama cylinder (memasang wire, circuit board) utk kesemua 36 intelligent actuator.

Sambil2 strip wire tadi, clamp connectors, ana berchatting dgn zaujah pasal pavlova, sebab kami semlam tgk ada website ttg-nya.

Balik2, sampai rumah je dah ada pavlova atas meja, masyaallah enak sungguh, hanya sapa yang makan saja yang tahu ๐Ÿ™‚

Ana lantas amik kamera dan snap beberapa sudut. Insyaallah pavlova ni sesuai di makan bagi mereka yang baru balik dari lab, dan anak2 yang baru bangun dari tidur ๐Ÿ™‚ alhamdulillah mereka juga sangat suka macam ana. Nanti resepi boleh minta pada chef CT ๐Ÿ™‚

p1040436

p1040442

Jazakillah zaujati,uhibbuki fillah,

abu_s

Posted in DIARI KEHIDUPAN KAMI | 4 Comments