Learn to control your heart

bismillahirrohmanirrohim

Penulis yang suke ponteng ni muncul lagi…hehe…lama betul bercuti ya ana ni. Sekarang baru nak menaip. Afwan semua…dalam melakukan beberapa taklifan ni kadang2 bila menyusun mengikut priority menulis ni jadi yang terkebawah sedikit. Mungkin juga kerana ana merasakan siapalah sangat yang nak membaca..ecceeeh 😀 .

Hmmm~ saikin (recently) ada beberapa perkara yang kurang mendamaikan hati ana berlaku dalam 2 minggu kebelakangan ni.  Ada sesuatu yang indah turut sama berlaku sehinggakan ana merasakan MasyaAllah begini rupanya perasaan itu. Suatu perasaan yang hebat hingga ia mampu mengawal hati dan keseluruhan tindakan kita. Memberikan ketenangan, kedamaian dan keyakinan terhadap apa sahaja yang kita lakukan.  Namun hati2 keranakalau  tersalah tindakan, perasaan itu akan hilang, makin jauh meninggalkan kita…untuk menggapai perasaan itu ia perlu mujahadah, kerana itu kalau mujahadah hilang, ia turut sama kan hilang. Mahalnya nikmat itu ya Allah…

Selalu ana cakap pada adik2 dalam halaqah akan kehebatan AQ sebagai mukjizat. Betapa alpanya kita sekarang kerana tidak sedar akan hakikat itu.  Bila mendengar perkataan mukjizat mungkin yang  terbayang pada kita “tongkat Nabi Musa”, kehebatan Nabi Isa “menyembuhkan penyakit”, “bahtera Nabi Nuh” dsb, tapi mukjizat AQ yg turun pada Nabi Muhammad SAW ni seolah tak terpandang dek mata kita.  Adakah kerana ia tidak berupa tongkat yang panjang dan ajaib maka ia luput dari kita? Adakah juga kerana ia tidak besar dan gah seperti bahtera Nuh maka ia terhijab dari kita?   atau adakah kerana ia tidak bertindak selalu Doktor menyembuhkan penyakit maka ia sirna dari jiwa kita???

AQ: Melaluinya Allah berbicara dengan kita, mendidik hati, akhlak, fikrah, peribadi dan akidah kita.  Ketika saidatina A’isyah ditanya tentang bagaimanakah akhlak Rasulullah, maka beliau menjawab : “akhlah baginda adalah AQ”… Apakah yang kita faham tentang hadis ini?  ia menunjukkan bahawa Allah itu mentarbiyah Rasulullah melalui kitabNya! melalui setiap wahyu yang turun, Rasulullah hadam kemudian sampaikan pada yang lain. Begitulah proses tarbiyah dari dulu, kini dan selamanya…

Sebagai insan yang mengaku  mengikut jejak Rasulullah adakah kita yakin laluan ini mudah?…tidak..lihat sahaja sirah baginda yang melalui kesusahan dan kepayahan demi Islam. Rakyat Palestin yang sedar dan faham akan keberadaan musuh islam, juga Iran yang kini bergolak di cucuk jarum kejahatan musuh islam, sedang kita masih leka, santai, asyik… apakah upaya yang kita sanggup beri untuk islam? tepuk dada tanyalah Taqwa.

Dalam kita berhubung dengan manusia, banyak kesabaran kita kena ada. Atas kealpaan mereka dalam melontar pandangan, ketidaksesuaian tindakan mereka, semuanya memerlukan pemikiran yang sihat dan tenang untuk menghadapi mereka.  Dalam hati ana berkata “sejarah sedang berulang…sabarlah dan jadikan sirah sebagai panduan, Allah sebagai pelindung”. Ketika Rasulullah mula menyebarkan islam, banyak betul tentangan yang baginda hadapi. Sungguhpun pada ketika itu baginda di gelar ‘Al amin’ —> suatu gelaran yang melambangkan ketinggian akhlaknya. TAPI!…bila dia mula menyampaikan islam, memberi peringatan, semua orang menolak dan mula memusuhi baginda!!! pelik tetapi benar. Hanya kerana apa? hanya kerana Muhammad meminta mereka meninggalkan amalan jahiliyah mereka dan bergerak kepada cahaya islam. Lantas mereka yang dahulu melihat kebaikan akhlak muhammad ni mula memfitnah dan memburuk2kan baginda pada mata semua orang.  Menghina, mengejek,  iri hati dan hasad dengki menguasai hati manusia2 musyrik (baca: kafir, bukan orang islam) ini….

Lihat tafsir al-lahab. Sebab2 penurunan ayat yang pertama.

“binasalah kedua2 tangan abu lahab dan binasalah dia!” (111:1)

Diceritakan asbabunnuzul surah ini adalah kerana kejahatan abu lahab yang memusuhi Rasulullah. Pada ketika itu Rasulullah memanggil sekumpulan manusia, kemudian di katakan pada mereka:

“kalau aku katakan ada musuh yang akan datang menyerang kamu dibalik bukit sana, percayakah kamu?”

jawab mereka:

“kami percaya!”

kata Rasulullah lagi:

“kalau aku mengatakan bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku adalah pesuruhNya percayakah kamu?”

lantas abu lahab bangun dan mengangkat kedua tangannya lalu mengatakan:

“celakalah kamu”….. terhadap baginda.

Dapatkah kita perhatikan di sini bahawa hanya apabila baginda membawa sesuatu yang baru berupa peringatan dan kebenaran mereka menolaknya. Walaupun mereka tahu tuhan yang sebenar itu Allah tapi ibadah, iman, amal dan akidah mereka jauh dari kebenaran? Naze?doshite?(kenapa?mengapa?)…. sebab, mereka beriman dengan tradisi.  Tradisi nenek moyang mereka yang sesat dan kerasnya hati mereka dengan kehidupan lalai dan leka serta penuh senda gurau. Selagi mana baginda tidak menyeru mereka berubah dari amalan jahiliyah,mereka mengagungkannya namun, sekiranya baginda mula menyeru kebenaran yang bertentangan dengan adat mereka maka mereka melenting sebegitu hebat.

Mari kita kembali ke zaman 2009. Sedar atau tidak ramai yg sudah menjadi umpama kaum2 terdahulu sungguhpun mereka islam. Murtad berleluasa. Solat ditinggalkan. Aurat tidak ditutup sungguhpun lelaki atau wanita. Dunia lebih dikejar berbanding akhirat.  Bersungguh2 bila melakukan perkara lagho tapi menjauhkan diri dari majlis zikir. Nauzubillahi min dzalik…moga kita semua tidak tergolong dalam kumpulan ini.

Sekiranya kita menjadi golongan yang mahu menyebar islam, bersedialah untuk menerima sebarang ujian berupa penghinaan dan ejekan, dipersenda dan dipermainkan. Mana mungkin jalan tarbiyah itu  indah kalau kita mengharap syurga Allah yang mahal itu.  Kata Saidina Ali: “apabila kamu berasa letih berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan itu akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa yang dilakukan, keseronokan itu akan hilang dan dosa itu akan terus kekal“. Allahua’lam Allah lah yang maha pengampun..

p/s = dalam melayari taklif ini, segala ejekan, penghinaan, dan persendaan yang  diberikan kita terima walaupun ia mencucuk dalam hati. Sesungguhnya, kalau tidak kerana TARSIR ANNAS, serta pengetahuan bahwa syaitan terkutuk membisikkan  untuk mencurah minyak atas api yang membara, namun mukjizat Muhammad memelihara kita. Allah berkata  : “bersabarlah, dan maafkanlah mereka…jangan engkau menjadi orang yang melampaui batasan…”(2:190)….. (2:195)

Ya Allah sami’na wa atho’na (kami dengar dan kami taati) Penuhkanlah piala hati kami dengan kasih sayang serta lapang dada. Sesungguhnya mereka masih belum mengerti. Ampunilah kami dan ampunilah mereka. Jauhkan kami dan mereka dari taghut dan dekatkanlah pada cahaya MU..ameen

salam perjuangan diperantauan..yoshhh!!!

This entry was posted in TAKLIF, TAZKEERAH and tagged , . Bookmark the permalink.

7 Responses to Learn to control your heart

  1. rajulussalim says:

    Good article.

    Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkan hati kami di atas jalan Mu!
    Sesungguhnya hati kami ini milik Mu ya Allah, bantulah kami dalam memeliharanya.

    Amin…

  2. zarina says:

    assalamualaikum,
    sudi-sudikan join mysunshine diaper cake giveaway @ http://www.mysunshine2u.blogspot.com ^_^

    zar

  3. afif says:

    kak siti ..selamat hari lahir..~

  4. salam ukhuwah fillah buat adik ct maryam yg kak maziah rindui kerana Allah…mungkin ct dah tak ingat akak tp sesungguhnya bila ukhuwah krn Allah..bertemu tdk jemu, berpisah tdk gelisah…akak, maziah mokhtar, spiutm 99-2003, kolej tun razak..gambar bersama ct di hr konvo akak sentiasa akak tgk..akak cr dan cr ct…alhamdulillah bersua dgn kak dzurina di Facebook..membolehkan akak dpt melihat kembali wajah manis ct dan anak2 serta suami..bahagianya kalian di sana..khabar kalian di perantauan…menjadi tumpuan akak baru2 dpt blog ct nie…
    akak dah ada 2 cahaya hati juga..nur iffah najihah 3 thn 2 bulan dan ahmad fudhail murshidi 1 thn 1 bln…mg pertemuan walau hanya di alam maya ini makin mencambahkan benih2 taqwa dan jihad di hati…ameen..salam rindu dr akak..

  5. Zulaikha says:

    sangat begitu terkesan.

  6. Norasikin says:

    Banyakkan lagi panduan seperti ini. Saya memang suka article yang menjurus kepada good living

Leave a comment